Photobucket

Sunday, May 20, 2012

TAKJADILAH WANITA : WANITA TERKEJAM DALAM SEJARAH


Takjadilah aku nak tido sebab kali nie aku nak cerita pasal perempuan paling kejam dalam sejarah yang pernah direkodkan. aku terdengar mak aku kecek pasal pompuan nie so aku pon search la google pasal pompuan nie dan dapat la sikit info dari satu blog indon hikhik.






Dikatakan Elizabeth Bathory merupakan wanita yang terkejam dalam sejarah manusia sehingga kini. tidak dapat dipastikan namun juga dikatakan Elizabeth telah melakukan 650 kes pembunuhan sepanjang 54 tahun kehidupannya. elizabeth berasal dari keturunan diraja Hungary sebenarnye dan dikaitkan dengan gelaran 'vampire' kerana kerakusannya membunuh untuk mendapatkan darah seperti vampire. tapi bezanya , die membunuh , mengambil darah tetapi tidak diminum , dia menggunakan darah tersebut untuk berendam didalamnya supaya dia kekal muda. menurut info , Elizabeth adalah seorang yang mempunyai nafsu seks yang tinggi . dia juga dikatakan seorang biseksual dan menjadikan istananya tempat penyeksaan seksual bagi pekerja pekerja wanitanya. menjelang umur 40 tahun , dia merasakan kecantikannya semakin pudar dan memikirkan cara untuk memelihara kecantikannya. diceritakan pada suatu hari , penyisir rambutnya secara tidak sengaja menarik rambutnya dengan kuat , Elizabeth yang marah menampar pembantunya dengan sangat kuat sehingga darah keluar dan megenai tapak tangan Elizabeth . Elizabeth kemudian percaya bahawa darah orang muda dapat digunakannya untuk kekal muda. bermula saat itu , bermulalah kisah gelap Elizabeth. dia mula merekrut semua gadis muda di seluruh Hungary untuk bekerja dengannya , dan kesemuanya dibunuh untuk mendapatkan darah mereka. aku tak larat dah nak cerita . nak lebih info search la 'wanita terkejam di dunia' kah kah kah .

4 comments:

  1. gilaa kentang pompuan niii !

    #hye tuan tanah , jemput singgah blog saya :) ada sepucuk surat untuk awak :)

    ReplyDelete
  2. hahahahahahaha... aku dok syok bace kau pulak potong.. hadoi.... mmg kejam la... pempuan tu taw bkn kau..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...