Photobucket

Monday, May 14, 2012

TAKJADILAH JUDI : HADIAH LOTERI TERBESAR DUNIA


Hadiah loteri terbesar di dunia berjumlah AS$640 juta (RM1.95 bilion) dilaporkan telah dimenangi oleh sekurang-kurangnya seorang pemenang semalam dengan media tempatan menyatakan, tiket bertuah itu dijual di negeri Maryland.
Nombor kemenangan tersebut - 2, 4, 23, 38, 46 dan 23 diumumkan di sini pada pukul 11 pagi waktu AS
Saluran televisyen AS, MSNBC memetik kenyataan seorang pegawai loteri di negeri Maryland apabila melaporkan berhubung kemenangan tersebut.


Akhbar Washington Post yang menggunakan sumber sama, melaporkan tiket kemenangan itu dijual di daerah Baltimore.
Bagaimanapun, masih belum jelas setakat ini sama ada tiket loteri di Maryland itu merupakan satu-satunya tiket kemenangan loteri berkenaan.
Beberapa pakar menyatakan, ia mungkin mengambil berhari-hari malah, hingga beberapa minggu sebelum seseorang tampil untuk menuntut hadiah cepumas itu ekoran pemenang biasanya akan berbincang mengenai aspek perundangan dengan peguam mereka sebelum mengambil hadiah.
Sebanyak 176 juta tiket atau lebih 2 tiket loteri berkenaan bagi setiap warga AS telah dijual di kedai serbaguna dan kios di seluruh negara.
Peluang untuk memenangi loteri berkenaan pula ialah satu dalam 176 juta. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...