Photobucket

Friday, July 6, 2012

SEBAB KENAPE AKU PATUT MENGGANTIKAN KOO KIEN KIAT dan TAN BOON HEONG

"weh ko dah boleh keluar lah court lah" "haa yang baju kelabu nie lubuk" itulah perkataan yang aku dengar buat beberapa ketika. Maklumlah dah lame tak bersukan. seperti kebiasaan dalam mane mane permainan court, pemenang akan meneruskan permainan dan yang kalah akan keluar dan team baru akan masok atau istilah yang digunakan sekarang nie "KING" stay.
Disebabkan aku memukul bola pon tak kene lantas orang melabelkan aku noob dan shit. walaupun pair aku boleh tahan la namun disebabkan ke noobshitan aku kami tidak dapat menyaingi pihak lawan. aku terus bermain dan kalah kepada 'KING' yang biasa atau aku boleh panggil juara bertahan. pasukan pasukan berganti pasukan , aku dan pasangan aku akhirnya kembali memanaskan court. kami akan berentap sekali lagi dengan 'king'. seperti sudah dapat menyesuaikan diri, kami tidak semena mena berjaya memberikan tentangan yang sengit kepada pihak lawan. mata mata demi mata kami pungut. para penonton mula membuka mata dan menumpukan sepenuh perhatian kepada perlawanan kami. Keputusan yang mengejutkan semua pihak berlaku apabila kami berjaya mengalahkan 'king' yang tak pernah kalah. suasana sekeliling menjadi riuh rendah. semua tidak menjangka keputusan ini. mereka yang memanggil aku noob dan shit pon hanya mampu diam seribu bahasa. aku melontarkan pandangan sinis kepada mereka yang memanggil aku dengan gelaran gelaran yang tidak patut sebentar tadi. Keserasian aku dan pair aku semakin terserlah tatkla kami pula yang menjadi 'king' untuk satu jangka masa yang agak panjang . Namun begitu disebabkan hal yang tidak dapat dielakkan aku terpaksa pulang. Aku harap pengalaman yang aku cerita ini cukup untuk membuatkan Misbun Sidek memanggil aku dan pair aku untuk berlatih bersama skuad kebangsaan.


ralat : kejadian berlaku di court badminton open air, kolej kediaman sebuah universiti terkemuka tanah air dan disaksikan oleh sahabat shabat handai (penonton) .

peace geng +___+

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...